M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Tue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Wed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Sun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Sun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Tue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Tue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Thu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Tue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Tue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Membeli emas fizikal Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.

    Share

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Membeli emas fizikal Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.

    Post  myMBK on Wed Dec 22, 2010 11:18 pm

    Selain daripada Maybank dan UOB Bank, terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan dan dijual pada harga pasaran antarabangsa.

    Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold)
    Syarikat ini beralamat di Penang. Ini adalah alamatnya:
    Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U)
    12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
    11900 Bukit Jambul, Penang.
    www.publicgold.com.my
    Tel : 04-644 9999

    Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

    Amat sesuai bagi berada disebelah Utara semenanjung .. sunny

    EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD.
    Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga
    1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.

    HARGA EMAS PUBLIC GOLD.
    Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit
    mengikut harga emas antarabangsa.
    Dengan kata lain pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web
    Public Gold di www.publicgold.com.my dan membeli emas tersebut daripada agen Public
    Gold.

    BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.
    Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:
    1. Menghubungi agen Public Gold yang berhampiran anda
    2. Membeli terus daripada Public Gold.

    Jika anda ingin membeli terus daripada Public Gold maka anda boleh menelefon pejabat
    Public Gold di talian Tel : 04-644 9999.
    Kos penghantaran untuk 20 gram ialah RM10, 50 gram ialah RM20 dan 100 gram ialah
    RM30.
    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara order dan membuat bayaran anda boleh
    membaca di sini.
    http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/lang,english/

    KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.
    1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah
    mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana
    pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
    2. Harga yang dijual adalah kompetitif
    3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
    4. Spread yang kecil (antara 5% - 6%)
    5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
    6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
    Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
    7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
    8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.
    9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.


    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    EMAS.. PENGALAMAN BELI EMAS MELALUI INTERNET Pembeli dari publicGOLD

    Post  myMBK on Wed Dec 22, 2010 11:28 pm

    Sekarang nii baru aku paham.. macam mana perasaan.. kalo kita tak dee emas.. masa mula-mula aku beli dulu.. aku rasa macam takut-takut jee.. untung kee? Rugi kee? Macam mana nak jual balik benda nii? Nak simpan kat mana? dan lain-lain laa

    Macam-macam perasaan tuu datang beb.. maklum laa.. baru kali pertama.. beli emas.. tak dee pengalaman lagi.. he he he.. goyang beb.. he he he

    Pastu.. apa aku buat.. aku kasi pajak emas tadi.. kat AgroBank.. tapi bila emas tak dee kat depan mata.. aku rasa lain laa pulak..

    “Aku rasa macam tak best..”

    “Pastu malam-malam tak bole belek-belek..”

    “Nak borak ngan anak-anak pasal emas pun, tak dee mood”

    “Anak-anak bising.. asyik tanya.. mana emas abah? Mana emas abah?”

    Untuk atasi masalah tuu.. jadi semalam.. aku beli laa lagi seketul.. yang 20g tuu.. he he he.. aku tak tau laa.. samada apa yang aku buat nii.. betoi kee tak.. aku belasah jee.. he he he

    Orang lain dah beli emas berkilo-kilo.. berbakul-bakul.. tak bising pun.. aku baru beli 20g jee.. masuk blog.. he he he..

    Strategi aku.. Bila aku ada untung niaga sikit-sikit tuu.. aku tukar untung tadi.. jadikan emas.. dan bila aku nak pakai cash lak.. aku pajak balik emas tadi.. macam tuu laa seterusnya.. pusing-pusing gitu laa

    Aku dah semak-semak.. setakad nii.. aku dapati.. Public Gold jual emas yang agak murah.. pastu ikut harga semasa dunia.. jadi aku buat keputusan semalam.. beli emas Public Gold melalui internet

    Ayooo mudahnya.. aku kasi daftar nama aku kat web PublicGold.com.. isi biodata aku.. pastu isi order.. jenis emas yang aku nak beli.. tak sampai 2 minit.. selesai broo.. pastu aku bank in duit.. siap sudah.. cepat beb

    Tunggu sehari dua lagi.. dah bole collect emas kita.. sonang jee

    Ayooo.. kalo laa.. urusan pecah-pecah geran tanah aku.. bole buat cepat macam nii.. kan bagus.. tak dee laa.. aku pening kepala.. he he he.. sehari dua.. dah lulus.. klien mesti happy

    Berbalik cerita emas tadi.. kalo laa makcik-makcik kat Kelantan sana.. baca apa yang aku tulis nii.. mesti dia orang ketawa sakan.. dia orang dah buat lama dah benda nii.. tapi aku baru nak start.. he he he

    Aku syorkan sangat.. bagi sesapa.. yang nak try simpan emas tuu.. aku cadangkan.. bagus korang mula ngan yang ciput-ciput nii dulu… sikit-sikit dulu.. nanti bila korang rasa seronok.. baru tambah lagi.. jangan gopoh-gopoh bang.. he he he

    Dan bagi sapa-sapa.. yang nak try main emas tuu.. korang jugak bole call aku.. Insyaallah.. mana-mana yang aku bole bantu tuu.. aku cuba bantu..

    Ok laa geng.. salam sunny

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    EMAS.. PAJAK EMAS Pembeli Dari PublicGOLD

    Post  myMBK on Wed Dec 22, 2010 11:40 pm

    Hari nii.. aku ada pengalaman baru.. sebab hari nii… aku blaja pajak emas.. he he he..

    Orang lain. Dah lali ngan pengalaman nii.. aku baru jee nak rasa.. perasaan pajak emas nii.. he he he.. malu daa..

    Al kisah ceritanya.. sebelum nii.. aku ada beli seketul emas.. dari Tokey Salmi.. dia jual emas Public Gold… nak rasa punya pasal.. aku beli laa.. 20g emas.. ngan harga masa tuu.. RM3170

    Masa aku beli tuu.. aku main belasah jee.. sebab aku beli emas fizikal.. focus aku.. aku nak rasa macam mana perasaan simpan emas.. ternyata.. simpan emas fizikal nii.. memang best beb.. malam-malam bole belek.. belek.. godek.. godek.. he he he

    Bukan tuu jee..perasaan tuu lain macam beb.. tuu baru ada 20g.. rasa dah best.. tapi kalo laa aku ada 20kg.. 200kg.. ayooo aku tak tahu laa nak cakap.. he he he

    Selain tuu.. focus aku.. aku nak jadikan emas nii.. sebagai pelindung kewangan.. tu jee

    Berbalik pengalaman aku pajak emas tadi.. ayooo simple jee urusan dia.. aku datang Agro Bank.. pastu akak tuu suruh isi borang.. pastu dia timbang-timbang sikit.. dalam masa 15 minit selesai.. terus bole ambik duit.. ayooo banyak cepat ooo

    Kalo laa urusan tanah dan hartanah macam tuu.. kan best.. cepat.. laju.. pantas.. kan syookkk.. tak dee laa aku asyik kena belasah ngan klien jee.. he he he

    Aku rasa.. aku dah paham sikit pasal emas nii.. jadi.. aku rasa.. kalo laa ada duit lebih tuu.. bole tambah lagi koleksi emas nii.. he he he

    Apa lagi kekawan.. jom simpan emas.. bila emas kita dah banyak.. beli lak hartanah.. jual hartanah.. simpan balik emas.. pusing gitu laa

    Aku tak tahu.. samada apa yang aku nak buat nii.. betoi kee tak.. aku main belasah jee.. korang jangan ikut tau.. kang kalo rugi.. aku tak tahu.. he he he

    Ok laa gang.. salamm

    Sponsored content

    Re: Membeli emas fizikal Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.

    Post  Sponsored content Today at 10:41 pm


      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 10:41 pm