M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Tue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Wed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Sun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Sun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Tue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Tue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Thu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Tue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Tue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Membeli emas fizikal di kedai emas

    Share

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Membeli emas fizikal di kedai emas

    Post  myMBK on Wed Dec 22, 2010 10:32 pm

    Salah satu cara termudah membeli emas ialah dengan membeli di kedai emas yang berhampiran
    di tempat anda. Mudah kan?

    Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli emas di
    kedai berkenaan.

    1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh
    Kong, K.M Oli Mohamed dan Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas
    berkenaan pada masa depan.

    2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
    Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan +
    keuntungan kedai.
    Contoh gold bar yang lain ialah PAPM Suisse (terkenal). Bukan semua kedai emas menjual bar gold.Kalau kedai emas tersebut tidak menjual gold bar, pergilah ke kedai emas lain.

    3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa
    hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.

    4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali.Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.

    5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris
    atau bengkok.

    6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2% Bila anda sudah mendapat jawapan-jawapan ini, maka anda boleh membuat keputusan samada nak membeli di situ atau pergi ke kedai lain.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas.
    Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi.
    Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas. Ini
    kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula
    jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%.
    Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas
    iaitu:

    1. PAMP Suisse
    2. Poh Kong Bunga Raya

    JONGKONG EMAS PAMP SUISSE

    PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic,precious
    metals products).
    PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka
    dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm
    Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia.
    Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.

    Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga
    jongkong dengan sijil berwarna merah jambu.
    Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di Habib Jewel dan sesetengah kedai emas.

    JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA.
    Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.
    Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan
    melawati laman web syarikat berkenaan di:
    http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

    KEBAIKAN
    1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit
    2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.

    KEBURUKAN
    1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
    2. Kadang-kadang ada kos workmanship
    3. Spread yang sangat tinggi (10% - 25%)
    4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula.

    Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, saya tidak
    menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.

    Kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.
    Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk
    membuat pelaburan emas. Ia mempunyai banyak kelemahan.

    Antaranya:
    1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas fizikal bank.
    Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of
    Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM)
    (BM = Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia)
    http://www.fgjam.org.my/

    2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi (spread)
    3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga
    Raya dan PAMP Suisse Lady Fortuna, maka anda tak boleh buka pembalut plastik
    tersebut. Jika anda membuka juga pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut
    akan dikira emas terpakai (harga boleh dipotong sehingga 25%- sangat tinggi)

    Pengalaman Dari Pelabur Emas...

    KISAH PAMP SUISSE LADY FORTUNA YANG DIBUKA.

    Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady
    Fortuna saya.

    Sebabnya saya nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik
    dengan membeli lebih banyak emas.
    Kemudian, untuk melihat sejauh mana potongan harga yang dikenakan kedai emas, saya
    pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:

    1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
    2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

    Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)
    “Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya
    tanya..
    “Of course kami akan beli balik, normal rate 13% tapi kena tambah lagi 5%, jawab
    jurujual Poh Win”
    “I see… jadi you all akan tolak 18% la…
    “Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…
    Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%
    Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)
    Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…
    “Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya
    tanya..
    “Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
    “Aiya! apasal banyak sangat” saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya …
    “Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…

    Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira used gold.
    Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.
    Rasa menyesal beli emas kat diorang nie.

    KES GOLD BAR POH KONG BUNGA RAYA.

    Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong
    kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri… jadi
    waktu isteri dok tengah pilih gelang, saya tanya sales
    girl pasal gold bar Bunga Raya.
    Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang
    beratnya 20gram (harga RM2600)
    “Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?”
    saya bertanya
    “Oh.. ini potong dalam 11.5% encik..” jawab sales girl
    tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian
    dan jualan gold bar.
    “Kalau saya buka plastik nie macam mana.. u all akan
    ambil balik tak?” saya tanya lagi..
    “Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira used gold..
    akan tolak 25%” jawab dia

    Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik pembalut yang tak bernilai tu boleh menyebabkan
    susut nilai emas daripada 11.5% kepada 25%”
    Memang sangat merugikan beli emas kat kedai emas ini.
    Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…
    Kalau tak boleh buka plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas
    anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik
    tu…
    Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai.
    Bertambah lagi potongan yang dikenakan.

    KESIMPULAN
    Membeli jongkong emas daripada kedai emas adalah merugikan.


      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 6:59 pm