M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak Empty PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak

    Post  myMBK Sun Jun 05, 2011 9:17 am

    PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak Ic1

    Nombor kad pengenalan Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.

    Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

    Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki. Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad.


    SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:-

    Johor 01,21,22,23,24
    Kedah 02, 25, 26, 27
    Kelantan 03, 28, 29
    Melaka 04, 30
    Negeri Sembilan 05, 31,59
    Pahang 06, 32, 33
    Pulau Pinang 07, 34, 35
    Perak 08, 36, 37, 38, 39
    Perlis 09, 40
    Selangor 10, 41, 42, 43, 44
    Terengganu 11, 45, 46
    Sabah 12, 47, 48, 49
    Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
    Wilayah Persekutuan (KL) 14, 54, 55, 56, 57
    Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
    Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
    Negeri Tidak Diketahui 82

    sumber

    http://www.jpn.gov.my/kodnegeri

    p:/s : senang kan kalau da tahu ... kalau ada org menyamar polis atau tentera datang rumah anda senang nak tahu diaorg ni betul polis atau menyamar... suruh tunjuk kad pengenalan je sebelum bagi masuk rumah... kalau kod tengah 88 - polis / 99- tentera

      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 5:33 am