M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah Empty Isu Semasa : Dalang dan motif pemberian Cek RM4 bilion semakin terdedah

    Post  myMBK Fri Sep 24, 2010 10:10 am

    Harakahdaily
    KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion, wajah dan motif sebebanr sebenar syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah.

    Keratan akhbar Utusan Borneo dengan tajuk "I'Da World Group menjayakan 1 Malaysia" Khamis 8 April 2010 cukup membuktikan siapa mereka dan dalang dibelakang mereka.

    Dalam satu majlis di Kota Kinabalu, keakraban syarikat itu dengan Umno terserlah apabila syarikat tersebut diberi projek dalam usaha membantu Sabah dengan dakwaan menjayakan 1 Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Razak.

    Ekoran penyerahan replika cek RM4 bilion baru-baru ini yang didakwa untuk PAS negeri itu, media milik Umno dan pemimpin parti itu melakukan serangan bertubi-tubi terhadap kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Tidak cukup dengan pelbagai tohmahan jahat terhadap kerajaan negeri, mereka turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

    Di pihak kerajaan negeri dan masyarakat Kelantan pula, timbul persoalan apa sebenarnya motif disebalik gimik penyerahan replika cek tersebut.

    Lebih menimbulkan tanda tanya, ianya dilakukan tanpa kehadiran mana-mana pemimpin PAS negeri itu mahupun Exco kerajaan negeri sendiri.

    Badan Perhubungan PAS Kelantan juga tidak dijemput sedangkan mereka mendakwa cek RM4 bilion tersebut untuk PAS Kelantan bagi membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

    Replika cek tersebut sebelum ini diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini.

    Nik Din bagaimanapun tampil menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

    Dalam pada itu Tuan Guru Nik Aziz juga mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu.

    Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

    Dalam pada itu, beberapa blog turut mendedahkan siapakah sebenarnya Pengerusi Eksukutif I'Da World Group, Abdul Rahim Abdul Wahab.

    Beberapa keping gambar didedahkan menunjukkan Abdul Wahab dalam majlis perlancanran Misi Perdana de Everest - Tibet 2011 yang berlangsung di Dewan Felda, Jalan Gurney yang dilancarkan Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 April lalu.

    Pendedahan-pendahan tersebut dijangka mampu merungkai dan menjawab segala persoalan berhubung niat sebenar dan dalang disebalik pemberian replika cek tersebut.

      Current date/time is Sun May 19, 2024 5:09 pm