M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan Empty Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan

    Post  myMBK Fri Sep 17, 2010 5:42 am

    Harakahdaily
    KUALA LUMPUR, 17 Sept: DAP sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan fitnah yang mengaitkan parti itu dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.


    Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan tersebut sedang dipertimbang dan akan diputuskan dalam masa terdekat.


    Akhbar Umno berkenaan didakwa melaporkan bahawa suspek utama, peguam bergelar datuk tersebut adalah ahli DAP seumur hidup.


    Sedangkan kata beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah memberitahu media bahawa suspek berkenaan mahu menjadi ahli MIC.


    “Kes bunuh kejam, Utusan pun politikkan dengan fitnah bahawa suspek peguam adalah ahli seumur hidup DAP,sebenarnya dia nak masuk MIC. DAP akan saman Utusan,” tulis Guan Eng dalam twitternya.


    Utusan dalam laporannya Selasa lalu memetik bekas naib ketua AMK, Mohd Zahid Md Arip yang melabelkan DAP sebagai “hiprokit” kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.


    Mohd Zahid dalam laporan berkenaan mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.


    Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."

      Current date/time is Fri May 10, 2024 10:46 pm