M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima?

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? Empty Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima?

    Post  myMBK Sat Sep 18, 2010 8:15 pm

    Mazidul Akmal Sidik

    Isu Semasa : Terselamat Menjadi Mangsa Ke Lima? Mangsa_bunuh

    Semalam, di antara jam 12 tengahari dan 5 petang saya berada di kawasan lobi Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kuala Langat, Selangor, menunggu.

    "Datuk ada di atas tengah buat laporan polis," kata sumber.

    Datuk, ahli perniagaan dikatakan sepatutnya bertemu suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya 3 hari lalu untuk menuntut kembali wangnya berjumlah 1.5 juta ringgit berikutan 2 transaksi beli jual tanah di Pulau Pinang.

    Saya dan penerbit 999, Shahnun Hanif akhirnya berjaya menemubual ahli perniagaan terbabit awal malam tadi di rumah beliau.

    Menurut beliau, transaksi pertama pada bulan Mac 2008 membabitkan rakan kongsi perniagaannya, Datuk Sosilawati, suspek utama dan 2 orang kenamaan lain.

    "Kami sepatutnya mendapat keuntungan 4 juta ringgit dalam tempoh 6 bulan, hasil beli jual tanah itu, bahagian saya 500,000 ringgit tetapi selepas lebih 2 tahun peguam terbabit (suspek utama) tidak menyerahkan wang itu kepada kami," kata datuk berusia 42 tahun terbabit.

    Lokasi tanah seluas 30 ekar terbabit di Batu Feringgi.

    "Transaksi ke dua, membabitkan seorang rakan kongsi, kami membayar deposit 1 juta ringgit. Suspek utama kemudian berjanji memulangkan wang itu kembali pada 13 September lalu, mujur saya berada di Johor, beraya pada ketika itu," tambahnya.

    Setelah diperiksa, tanah di Butterworth terbabit diragui status hak miliknya.

    Datuk terbabit dan rakan kongsinya membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuala Langat pada jam 11 pagi semalam namun enggan bertemu saya pada waktu itu.

    "Saya bersyukur tidak bertemu dengan suspek, jika tidak, mungkin saya menjadi mangsa ke lima," tambah beliau.

    Temubual bersama beliau akan disiarkan dalam 999, jam 9 malam esok. Bagaimana pun identiti datuk terbabit tidak dapat kami dedahkan atas faktor keselamatan.
    http://mazidulakmal.blogspot.com/

      Current date/time is Thu Nov 21, 2024 12:22 pm