M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS Empty Isu Semasa :Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS

    Post  myMBK Wed Sep 15, 2010 6:17 am

    KUALA LUMPUR, 15 Sept — Empat daripada lapan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) awal Mac lalu.

    Sehubungan itu, empat suspek tersebut yang ditahan oleh polis Bukit Aman diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan K. Celladuran, 50, yang bekerja di Unit Perancangan Setinggan MPS.

    Celladuran mati ditembak oleh dua lelaki kira-kira pukul 7.20 pagi ketika keluar dari rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru dekat sini untuk ke pejabat.

    Polis dalam kenyataan sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong berdekatan IOI Mall dekat sini pada 4 Mac lalu.

    Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, keempat-empat suspek itu diserahkan kepada pihaknya semalam.

    “Sama ada benar mereka adalah suspek yang dikehendaki dalam kes bunuh Celladuran belum dapat dipastikan kerana kita masih jalankan siasatan,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

    Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dipetik berkata tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong.

    Menurutnya, kemungkinan itu wujud berdasarkan modus operandi pembunuhan yang sama dalam kedua-dua kejadian tersebut.

    Berikutan itu, kata Khalid, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci dua kes pembunuhan itu.

    Katanya, sebanyak 15 keterangan telah diambil daripada saksi-saksi kes pertama di Jalan Puchong manakala 10 keterangan diambil bagi kes Celladuran.

    Dalam pada itu, kelapan-lapan suspek tersebut termasuk seorang peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya turut dikaitkan dengan kes kehilangan empat lagi mangsa lain.

    Empat mangsa lain yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh menggunakan modus operandi yang sama dengan pembunuhan Sosilawati ialah seorang gadis berusia 19 tahun; ahli perniagaan dari Chennai, India, S. Usharani, 24; dan dua ahli perniagaan berketurunan Melayu dari Kuala Lumpur.

    Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

    Pada Sabtu lalu, polis mengesahkan berdasarkan pengakuan empat suspek, keempat-empat mangsa telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting di Selangor.
    -malaysianinsider-

      Current date/time is Thu Nov 21, 2024 9:24 am