M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh Empty Isu semasa : Kes Sosilawati: Suspek memelihara 16 ekor anjing pembunuh

    Post  myMBK Wed Sep 15, 2010 11:06 pm

    BANTING: Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.

    Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.
    Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.

    Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.

    Semua mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan melupuskan bukti.

    Menurut sumber, sebelum ini pernah seorang lelaki dicampak suspek ke dalam kandang anjing berkenaan selepas ingkar arahan membabitkan satu urus niaga.

    Suspek yang juga seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun ditahan serta adiknya berusia 38 tahun pada 11 September lalu bersama enam lain termasuk dua wanita sebelum kes pembunuhan kejam dilakukannya terbongkar.
    Berdasarkan maklumat, suspek memiliki kekayaan melampau dalam akaun berjumlah jutaan ringgit di dalam dan luar negara, selain hartanah antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara, ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib dan rumah sewa di Taman Cempaka.

    Malah, kes pembunuhan Sosilawati juga ada kaitan dengan suspek kerana sebelum kejadian, berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun jutawan itu ke dalam akaun milik suspek.

    Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga lain.

    “Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

    Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

    Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa meningkat.
    -hmetro-

      Current date/time is Thu May 09, 2024 12:05 am