M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain Empty Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain

    Post  myMBK Fri Sep 24, 2010 10:09 am

    Update : 6 lelaki ditangkap bakar al-Quran di pub Britain Du_01.1
    GAMBAR klip video YouTube menunjukkan kumpulan lelaki yang membakar kitab al-Quran di bandar Gateshead, utara Britain.

    LONDON: Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.
    Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.
    Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.
    Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.
    Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.
    Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.
    Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain.
    Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.
    Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya.
    Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.
    Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh.
    -Agensi/kosmo-

      Current date/time is Sun May 12, 2024 6:16 pm