M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


2 posters

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

    Post  myMBK Thu Dec 23, 2010 2:53 am



    1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.

    2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi

    3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal

    4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA

    5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)

    6. Melabur sambil berniaga emas.



    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.

    Post  myMBK Thu Dec 23, 2010 2:56 am

    Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.

    Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 – 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini.

    Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini?

    Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.

    Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik1

    Dengan tenik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau
    turun. Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai aset di masa hadapan.
    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Teknik 2: Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi

    Post  myMBK Thu Dec 23, 2010 3:31 am

    Teknik 2: Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi

    Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi.Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal sepertiSyiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank dan Public Gold gold bar.

    Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.
    Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok.
    Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan
    memperoleh keuntungan.

    Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal, anda boleh memajaknya di Ar-
    Rahnu kalau nak pakai duit. Jadi tak perlu risau modal terbeku. Itu sebabnya saya amat
    menggalakkan anda membeli emas fizikal.

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik2

    p/s: Harga Kijang Emas pada 21/8/2009 ialah RM3388 (belian)

    Berdasarkan kepada jadual di atas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi
    untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan

    Kebaikan:
    1. Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran
    kepada orang yang berminat nak beli emas fizikal anda. So boleh tambah untung lagi




    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Teknik 3 : Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal

    Post  myMBK Thu Dec 23, 2010 3:39 am

    Teknik 3 : Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal

    Berdasarkan analisa saya membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.

    “Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
    Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”
    Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.
    Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

    KAJIAN KES:

    Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk
    tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April
    2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00
    Jika RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda
    dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik3a

    Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi
    RM2351 (2/4/2007).
    Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga
    RM2351 x 8 = RM18 808!

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik3b

    Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan
    bersih anda ialah RM5188.00
    Anda akan untung 51.88% .
    Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini
    (23/7/2008 – tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya?
    Ini pengiraannya:
    Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
    Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik3c

    Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata
    pulangan ialah 20% setahun. Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye.


    MENGAPA SAYA YAKIN TERHADAP TEKNIK INI?

    Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakar
    pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas.
    Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas
    memang berpotensi tinggi meningkat naik.
    Kita pun tahu krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke
    seluruh dunia.

    Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik
    sehingga mencecah USD1000 / Oz.
    Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun
    1970-an hanyalah USD35/Oz.
    Jadi dalam tempoh 40 tahun, harga emas mencanak naik daripada USD35 / Oz kepada
    USD 1000 / OZ (sekarang ini harga emas sekitar USD953 USD / Oz)

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik3


    Last edited by myMBK on Thu Dec 23, 2010 4:41 am; edited 1 time in total
    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA

    Post  myMBK Thu Dec 23, 2010 4:04 am

    Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA

    Selain daripada menjana keuntungan melalui emas fizikal, akaun simpanan emas Public
    Bank GIA juga boleh membantu anda menjana keuntungan

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik4a

    Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia
    (spot gold + exchange rate bank + untung bank).


    Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.
    Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas
    naik.
    Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM4) maka anda boleh
    mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM4.

    hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:
    Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik4b

    Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik4c

    Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!
    Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008
    (kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka
    anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!

    Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…
    Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik4d

    Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!
    Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan
    memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00
    (RM10.28 x 300 gram = RM3084)

    Kalah dividen setahun ASB betul tak?


    Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan GIA anda.

    Tip ini jika dilakukan dengan betul akan menambahkan keuntungan anda.

    SIFAT HARGA EMAS.

    Untuk berjaya di dalam pelaburan emas , kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam
    kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend sama
    ada harga menaik atau harganya menurun.

    Mari kita lihat graf harga emas di bawah. Nampak tak? harga emas naik… kemudian
    turun…. lepas tu naik balik… lepas tu turun… kemudian harga naik balik…

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik4e

    Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Anda cuma perlu baca dan fahami artikel ini, lepas tu mulakan langkah membeli emas anda dan membuat keuntungan

    BEBERAPA ISTILAH PENTING.

    Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu
    support dan resistance.
    Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah.
    Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.
    Bagaimana mengetahui sama ada trend harga menaik atau menurun?

    Jawapan, anda boleh melawat section analisa teknikal gold.. tungguuu...

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik4f

    Situasi: katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram.

    Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram.

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik4g

    Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram. Anda telah untung sebanyak
    RM8.03/gram!

    Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan je)
    (Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)

    Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik?
    nak jual semua ke?

    Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu
    menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.


    Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak:
    RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram

    Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17
    gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34.

    Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus
    menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama.


    MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENURUN.

    Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah
    meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance.
    Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik4h


    Apa nak buat?
    Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je.

    Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan.
    Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai
    support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan
    bermula kembali.

    Penantian suatu penyeksaan, tapi apabila harga target dah sampai.. maka kita start beli
    balik emas GIA.

    Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses di atas. InsyaAllah anda boleh dapat
    banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.


    TEKNIK MEMBELI EMAS GIA KETIKA HARGA NAK NAIK.

    Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

    1. Teknik cost averaging: beli sikit-sikit mengikut perubahan harga.
    2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu.

    Minachi Slalu lahh..huhu

    Yang mana satu terbaik? erm… kena ikut style anda juga. Tepuk dada tanya selera


    Last edited by myMBK on Fri Dec 24, 2010 1:56 am; edited 1 time in total
    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)

    Post  myMBK Thu Dec 23, 2010 4:49 am

    Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)

    Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan
    emas fizikal.

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik5a

    Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda


    Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold
    Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat
    Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut”
    “sesuai ker saya beli emas sekarang nie?

    Nampak harga emas tengah mahal nie?”
    (soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

    Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:
    “Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas
    fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”

    Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu
    dan tunggu harga murah?
    Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?

    JAWAPANNYA.
    Emas fizikal ini banyak keistimewaannya.
    Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat
    dan terbaik.Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh dipajak.
    Akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas)
    cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi. Pajak memang tak boleh.

    Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.
    Bagaimana caranya? Di sini saya ingin ajar 2 teknik membuat keuntungan menggunakan
    emas fizikal.

    Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
    Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak,kemudian beli emas fizikal lagi.


    Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.
    Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
    Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

    Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.


    TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA

    1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
    2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
    3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
    4. Kira keuntungan


    TEKNIK 2 :PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIANPAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI.

    1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
    2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
    3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
    4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
    No problem kalau modal anda besar.
    5. Bila harga emas naik, jual emas fizikal tersebut pada harga tinggi
    6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
    7. Kira keuntungan anda

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Teknik 6 : Melabur sambil berniaga emas.

    Post  myMBK Thu Dec 23, 2010 4:58 am

    Teknik 6 : Melabur sambil berniaga emas.

    Baiklah, saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Teknik ini memang mendatangkan
    pulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tak kira sama ada
    apabila harga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung.

    Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas.
    Berdasarkan kepada analisis saya, inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan
    anda menjana pendapatan tidak kira sama ada harga emas sedang naik atau turun. Jika anda
    membeli emas pelaburan dan menunggu harga naik, maka keuntungan anda ditentukan
    oleh pasaran emas sahaja. Jika pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jika pasaran
    jatuh maka anda kena tunggu lagi.. pergh.. ini adalah waiting game.

    Salah satu cara melabur sambil berniaga emas ialah dengan menjadi agen Public Gold.

    Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan yang sangat berkualiti, murah harganya dan dapat menjana pendapatan sampingan.

    Public Gold telah menawarkan peluang untuk mereka yang berminat menjadi
    agen dengan modal RM30 000 sahaja. Modal itu semuanya digunakan untuk membeli emas
    pada harga semasa. Memang tak rugi.

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Teknik6

    Faktor yang menarik perhatian saya ialah:

    1. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikut
    pergerakan harga emas antarabangsa.

    2. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok seperti Kijang
    Emas dan syiling emas UOB. Apabila harga emas rendah pelanggan tetap boleh
    membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas
    mereka sendiri. Ini barulah penjual emas pelaburan yang sebenar.

    3. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun
    plastiknya dibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya
    masih lagi sama. Ini adalah jaminan daripada pengerusi Public Gold sendiri, Mr. Ng.

    4. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB Bank yang tidak menerima kembali syiling
    emas mereka sekiranya bercalar. Emas Public Gold memang memberikan
    ketenangan fikiran kepada pembelinya. Kita tak perlu risau.
    Sebagai penyelidik tentang pelaburan emas, saya boleh katakan bahawa Public Gold
    menawarkan peluang keemasan yang genuine kepada mereka yang berminat dengan
    pelaburan emas.

    Komisen yang ditawarkan oleh Public Gold ialah 1.5% daripada nilai jualan. Jika anda
    telah berjaya membina rangkaian pelanggan maka anda sendiri boleh membeli dan menjual
    emas milik pelanggan anda. Ini membolehkan anda mendapat komisen sehingga 5% - 6%.
    Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emas
    Public Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini.
    Inilah peluang yang unik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga
    merupakan peluang perniagaan.


    Selamat Berjuang !!!
    avatar
    bijakasb


    Posts : 1
    Join date : 2010-12-24
    Age : 43

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Re: Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

    Post  bijakasb Fri Dec 24, 2010 9:24 am

    salam

    forum yang menarik dan info yg amat berguna

    Sponsored content


    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas. Empty Re: Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Thu Nov 21, 2024 8:43 am