M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Membeli syiling Kijang Emas EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Membeli syiling Kijang Emas EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Membeli syiling Kijang Emas EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Membeli syiling Kijang Emas EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Membeli syiling Kijang Emas EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Membeli syiling Kijang Emas EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Membeli syiling Kijang Emas EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Membeli syiling Kijang Emas EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Membeli syiling Kijang Emas EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Membeli syiling Kijang Emas

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Membeli syiling Kijang Emas Empty Membeli syiling Kijang Emas

    Post  myMBK Wed Dec 22, 2010 10:44 pm

    Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?

    Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?
    Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. utk bacaan lanjut, lihat di sini
    http://en.wikipedia.org/wiki/Kijang_Emas
    Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

    Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?
    1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja (tengok bawah)
    2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
    3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.

    p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.

    HARGA SYILING KIJANG EMAS.
    Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara. Ia akan
    diupdate setiap hari. Lihat di sini: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

    KELEBIHAN KIJANG EMAS.
    1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia
    2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% - 6.6%)
    3. Kualiti emas 24k (999.9)
    4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja)
    5. Harga yang rendah
    6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
    p/s: Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan.

    KELEMAHAN KIJANG EMAS.
    1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.
    2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan
    menerima kembali syiling berkenaan.
    3. Boleh dibeli pad waktu banking hour Maybank sahaja.
    4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
    5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai
    kad kredit.

    Bagi saya Syiling Kijang emas merupakan salah satu emas pelaburan yang terbaik di Malaysia.


      Current date/time is Fri May 10, 2024 4:15 am