M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Rekod Dunia Wanita berjanggut... EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Rekod Dunia Wanita berjanggut...

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Rekod Dunia Wanita berjanggut... Empty Rekod Dunia Wanita berjanggut...

    Post  myMBK Sun Oct 24, 2010 9:34 pm

    Rekod Dunia Wanita berjanggut... Berjanggut
    WANITA DENGAN JANGGUT TERPANJANG: Cik Vivian Wheeler sekarang dengan janggutnya yang panjang dan sudah memutih. Janggutnya pernah mencecah hingga 30 sentimeter panjang.

    JANGGUT putih yang terbiar panjang mencecah paras dada diusapnya perlahan-lahan. Sekilas pandang, dengan rambut putihnya yang semakin menipis, beliau kelihatan seperti seorang lelaki yang dimamah usia. Bagaimanapun, blaus ungu dan skirt kembangnya yang berwarna-warni bak pelangi, mencetus tanda tanya dalam hati: 'Orang macam Santa Claus ini perempuan ke lelaki?'

    Bergenang air mata Cik Vivian Wheeler dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat, mengenangkan nasib malangnya dilahirkan dengan penyakit hypertrichosis atau lebih dikenali sebagai sindrom serigala. Mendiang ibunya, Cik Wheeler, 62 tahun, tumbuh misai dan janggut sejak kanak-kanak lagi. Lebih menyedihkan, beliau juga dilahirkan sebagai khunsa, dengan kededua organ reproduktif lelaki dan perempuan dimilikinya. Namun, kerana ibunya inginkan seorang anak perempuan, maka alat kelamin lelaki Cik Wheeler 'dibuang' dalam satu pembedahan yang dijalankan sewaktu beliau kecil lagi.

    Kehidupan Cik Wheeler penuh onak dan duri. Beliau memberitahu bapanya berasa malu memiliki anak perempuan berjanggut. Namun, sebagai lelaki yang licik lagi tamak haloba, si bapa ingin meraih keuntungan daripada keadaan anaknya itu. Maka, Cik Wheeler dipaksa membuat persembahan dan dijadikan bahan tontonan di karnival-karnival keluarga. Siapa yang ingin menyaksikan 'gadis berjanggut' itu perlu membayar wang untuk pertemuan eksklusif.

    Selepas ibunya meninggal dunia pada 1990, beliau berhenti mengurus wajah dan penampilannya. 'Saya biarkan sahaja janggut saya tumbuh. Saya tidak kuasa nak uruskannya. Tanpa janggut itu, ia bukan diri saya yang sebenar! 'Saya tidak harus pura-pura menjadi seorang wanita yang bukannya saya!'. Sejak itu, janggutnya tumbuh semakin panjang, mencecah 30 sentimeter. Bahkan, beliau diundang untuk muncul dalam program 'pelik tetapi benar', Ripley's Believe It or Not! Namanya juga tercatat pada Buku Rekod Dunia Guinness sebagai wanita dengan janggut terpanjang.

    ***sebenarnya perkara ini tidak sangat memalukan, kerana ia adalah pemberian Pencipta kepada sesiapa yang dia kehendaki. bila sentuh bab perempuan ni teringat orangkasai akan kata-kata seorang ustaz, 'babi haram disentuh tetapi boleh dipandang. perempuan yang tidak menutup aurat haram dipandang. antara babi dan wanita yang tidak menutup aurat mana yang lebih teruk?' fikir-fikirkan sendiri. kesimpulan, hinanya wanita bukan kerana paras rupa, tetapi hinanya mereka kerana melanggar perintah Allah***.

      Current date/time is Thu Nov 21, 2024 5:07 am