M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah?

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? Empty Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah?

    Post  myMBK Mon Oct 04, 2010 7:38 pm

    Md Zulaimi Kazin
    Isu Semasa : Mengapa 40 ulama (Tok Guru) Kelantan Bermunajat di Baitullah? Saman
    Negeri Kelantan, Kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan telah dizalimi atau ditindas selama 20 tahun secara terang oleh kerajaan pusat dalam bentuk peruntukan perkapita yamg kurang dari sepatutnya bagi pembangunan negeri Kelantan. Beberapa tahun terkahir ini, Kelantan telah dinafikan hak ROYALTI minyak hampir 1 Billion setahun seperti mana hak yang telah diberi kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu.

    Apakah kerana parti yang sealiran dengan kerajaan pusat telah ditolak oleh rakyat Kelantan maka kerajaan pusat berhak mendera kami rakyat Kelantan dari menikmati hak kami yang telah ditetapkan dalam kontrak PETRONAS dengan kerajaan negeri.


    Kami rakyat Kelantan dan anak kelahiran Kelantan dengan didokong oleh ulama-ulama (Tok Guru Pondok) seluruh Kelantan hari ini bangkit menyokong usaha kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menuntut hak rakyat Kelantan agar diberikan hak royalti minyak.

    Walaupun dengan sinis YB Zulkifli Nordin (dari kumpulan PAR; Pengkhianat Amanah Rakyat) menyatakan dalam blognya dan disunting dalam Utusan Malaysia;

    "Kalau difikirkan kembali, agaknya ada hikmah Allah tidak beri royalti ni (kepada Kelantan). Tahu sajalah, bab duit ni jangankan ustaz, adik-beradik pun sanggup berbunuh, yop”.

    Tapi kami ingin mengingatkan YB berkenaan dan mereka yang sewaktu denganya bahawa kami sedikitpun tidak akan undur kebelakang malah dengan sokongan para ulama (sudah jadi kebiasaan orang Kelantan memuliakan ulama dari Tuanku Sultan sampai kepada rakyat jelata) hak kami diperjuangkan sampai mencapai kemenangan dan kalau pemimpin di Putrajaya tetap berdegil, kami akan pastikan dalam PRU ke 13 nanti kita menguasai Putrajaya.

    Untuk pengetahuan YB Zulkifli Nordin yang menjadi pengkritik hebat kepada golongan ustaz yang digelar “Pak Janggut”, walaupun kerajaan tidak diberikan peruntukan perkapita yang mencukupi sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan, berkat pemerintahan oleh “Pak Janggut” yang amanah ini, Kerajaan Kelantan berjaya membayar hutang yang dibuat oleh Kerajaan BN sepanjang memerintah Kelantan dulu.

    Seperti yang YB Zulkifli Nordin sendiri sedia maklum, Kerajaan Kelantan melalui YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyerahkan surat rasmi tuntutan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia tapi tiada jawapan dan dalam bulan Ramadhan lepas YAB Tuan Guru telah memfailkan saman kepada PETRONAS.

    Maka kami rakyat Kelantan menubuhkan Urusetia Misi Munajat ini tanpa disuruh atau ditunjuk oleh mana-mana pemimpin negeri. Kami tubuhkan urusetia ini atas kesedaran kami bahawa kami perlu bangkit membantu Kerajaan Kelantan dalam menuntut hak negeri kami.

    BULAN NOVEMBER 2010 nanti, Ulama (Tok Guru) akan mulakan munajat ini bersama anak-anak murid mereka dipondok masing-masing selama 40 hari dan pada Januari 2011, kami rakyat Kelantan dan Anak Kelahiran Kelantan akan menaja 40 Ulama (Tok Guru) dari Kelantan bermunajat sepanjang 40 waktu di depan Baitullah.

    Munajat ini memohon agar Allah membuka hati semua mereka yang terlibat samada Pengurusan PETRONAS, Perdana Menteri, Dato Mustapha Mohamed, Dato Dr Awang Adek Hussein dan pemimpin kerajaan pusat dan juga Hakim Mahkamah terlibat supaya bersikap adil terhadap Kelantan, kerajaan Kelantan dan rakyat Kelantan dan sekiranya mereka terus kekal dengan kezaliman ini maka kita minta agar Allah kembalikan kezaliman ini kepada mereka.

    Kami rakyat Kelantan beruntung kerana Ulama (Tok Guru) di Kelantan tidak pernah memisahkan agama dengan politik maka kebangkitan Tok Guru ini adalah kebangkitan yang bertunjangkan ilmu agama mereka yang mendalam bukan sepeti yang digambarkan oleh YB Zulkifli Nordin yang disunting oleh Utusan Malaysia yang amat berkarat dengan anti Kepimpinan Islam.

    Oleh itu, marilah kita Rakyat Kelantan dan Anak Kelahiran Kelantan berganding bahu tidak kira apa fahaman politik memberi sumbangan kewangan menaja pembiayaan MISI Munajat 40 Ulama Kelantan di Baitullah Dalam Menunutut Hak Royati PETRONAS.

    Betapa negeri yang kita cintai Kelantan tersisih jauh dari negeri lain dari sudut pembangunan Infrastruktur seperti jalanraya dan bekalan air mentah. Setiap kali hari perayaan betapa sukarnya perjalanan akibat kesesakan lalulintas yang semakin tahun semakin menyesakkan.

    Walaupun dalam serba kedhaifan ini, anak-anak kita atau adik-adik kita yang belajar disekolah agama terus mencipta nama menongkah kejayaan dan kalaulah limpahan duit royalti yang kita tuntut ini diperolehi sudah tentu pelajar kita akan terus menjadi juara dikalangan juara dan kita akan mampu menampilkan bahawa pendidikan agama itu akan melahirkan generasi yang cemerlang dari segi pelajaran dan sahsiah.

    Jalanraya boleh dibesarkan, bekalan air bersih dan pendidikan terus dibangunkan. Malam harinya jalan diterangi dengan limpahan lampu jalan, aktiviti mendidik dan membangunkan masyarakat dapat digandakan agar gejala social dapat dikurangkan. Masjid dengan kelengkapan ala “”budget hotel” untuk kemudahan pelancung dapat diperbanyakkan serta Latihan kemahiran samada sector industri mahupun pertanian untuk para belia dapat ditingkatkan.

    Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Guru Alim Ulama kerana berlapang dada menjayakan MISI ini . Kepada seluruh rakyat Kelantan dan Anak Kelahiran Kelantan, kalaulah ada sekumit rasa cinta dan kasih pada tanah kelahiran kita Kelantan Cik Siti Wan Kembang, ayuh bangkitlah dan ringankan tangan hulurkan sumbangan tajaan MISI ini agar sumbangan kita ini menghasilkan kejayaan dalam menuntut HAK ROYALTI Petroleum.

    MISI Munajat 40 ini memerlukan perbelanjaan keseluruhan RM400,000.00 yang akan ditaja sepenuhnya oleh RAKYAT KELANTAN.

    Mari kita buktikan bahawa kita RAKYAT KELANTAN BERMARTABAT dan akan terus mempertahankan HAK dan MARUAH negeri KELANTAN yang kita cintai ini. AllahuAkbar!!!

    Sumbangan Derma ke Akaun Bank Islam ; 03102010000093 (TETUAN MISI MUNAJAT ROYALTI)

    Md Zulaimi Kazin (017 5353007) zulaimi@gmail.com

    Pengarah

    Urusetia Misi Munajat Ulama Kelantan di Baitullah Bagi Menuntut Hak Royalti Petroleum
    http://www.munajatroyalti.com

      Current date/time is Thu Nov 21, 2024 8:07 am