M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat Empty Isu Semasa : Kes Sosilawati, Teguran Terhadap Polis Dikongsi Rakyat

    Post  myMBK Sat Sep 18, 2010 8:28 pm

    SHAH ALAM 18 SEPT: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap TV Selangor berani mengangkat suara rakyat apabila menyiarkan teguran terhadap kelemahan institusi polis dalam mengendalikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

    Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Shukor Idrus yang mencela TV Selangor kerana dianggap mengganggu siasatan kes itu, beliau percaya banyak pihak termasuk masyarakat umum yang turut mempersoal kecekapan polis dalam kes tertentu.

    "Saya rasa apa yang dinyatakan oleh TV Selangor adalah perkara yang dipersoal oleh rakyat jelata, dan memang ada empat laporan orang hilang dibuat tetapi tiada tindakan berkesan. Ini yang menjadi tanda tanya," katanya.


    Mengikut laporan Utusan Malaysia, Shukor meminta polis menyiasat TV Selangor berikutan laporan berita berdasarkan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Akin, dianggapnya tidak wajar.

    Shamsu l sebelum ini mempertikai siasatan polis sebelum ini terhadap kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan Sosilawati ketika polis masih dalam kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.

    Selain TV Selangor, New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.

    Bagaimanapun, NST tidak pula mendapat perhatian mahupun kritikan Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang.

    Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, media adalah jurucakap bagi rakyat secara umumnya dan media perlu membawa persoalan yang bermain di fikiran rakyat bagi mengharapkan jawapan bermakna.

    Katanya, kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mengambil berat segala laporan khususnya kes orang hilang, menunjukkan pihak berkuasa itu kurang memberi perhatian serius terhadap aduan orang ramai sebelum ini.

    "Kita perlu mengusahakan ke arah memperkasakan institusi kepolisan agar perkara sebegini tidak berlaku, dan kenyataan Shukor jelas tidak akan membantu mana-mana pihak memperbaiki diri," tegas beliau.
    -tvselangor-

      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 5:45 pm