M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor Empty Isu Semasa : Shukor 'Arah' Polis Siasat TV Selangor

    Post  myMBK Sat Sep 18, 2010 1:06 am

    SHAH ALAM 18 SEPT: Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus meminta polis menyiasat portal berita TV Selangor kerana menyiar laporan berbentuk kritikan terhadap polis berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain.

    Beliau menganggap kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin yang mempersoal kewibawaan polis dalam kes itu dan disiar TV Selangor, menjejaskan imej pihak berkuasa itu.

    Mengikut laporan Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu mendakwa laporan berkenaan tidak berasas manakala kenyataan Shamsul mengandungi unsur hasutan dan mengganggu proses siasatan kes Sosilawati.

    "Tidak ada sebab untuk beliau (Shamsul Iskandar) dan TV Selangor masing-masing membuat kenyataan serta menyiarkan laporan sedemikian. Umum mengetahui bahawa kes pembunuhan tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

    "Jadi apa motif sebenar membuat kenyataan sedemikian? Apakah beliau mahu mempolitikkan kes pembunuhan ini dengan merosakkan imej serta kredibiliti polis yang menyiasat kes itu.

    "Maka, adalah wajar pihak polis turut memanggil pihak TV Selangor selain Shamsul Iskandar sendiri bagi menyiasat dakwaan ini. Jika didapati tidak berasas, tindakan tegas harus diambil terhadap kedua-dua pihak," katanya yang dipetik akhbar itu, hari ini.
    -tvselangor-

      Current date/time is Tue Mar 19, 2024 4:38 am