M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak Empty Isu Semsa : M.Rajoli Berada Dalam Keadaan Nazak

    Post  myMBK Fri Sep 17, 2010 11:41 am

    PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang Indah, Ampang selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.
    Menurut anak sulungnya, Siti Zaleha, 34, yang dihubungi mStar Online, kira-kira pada pukul 8 malam Jumaat, ayahnya dimasukkan ke hospital itu selepas mereka mendapati keadaannya semakin uzur.
    Pada waktu ini, M. Rajoli berada dalam keadaan nazak dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke hospital petang Khamis.
    "Ayah dimasukkan ke hospital pada petang semalam (Khamis) selepas kami mendapati dia tidak dapat membuka mata dan tidak boleh bergerak.
    "Pada waktu ini, apa yang boleh saya katakan memang keadaan ayah tenat dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan kerana dia tidak boleh bernafas secara normal lagi," katanya.
    Tambah Zaleha semua ahli keluarga termasuk empat anaknya telah berkumpul di hospital sejak semalam lagi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
    "Semua ahli keluarga termasuklah adik-beradik ayah memang sudah berkumpul dan menjaganya di hospital sejak dia dimasukkan ke hospital. Kami sekadar bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan," katanya.
    Sempat ditanya sama ada isteri kedua yang juga pelakon Wan Chik Daud hadir ke hospital atau ada menghubungi pihak keluarganya, Zaleha berkata, dia tidak nampak dan enggan mengulas lanjut.
    Pengesahan daripada Zaleha mengenai keadaan sebenar M. Rajoli itu sekaligus menyangkal khabar angin yang tersebar kononnya pelakon veteran itu telah meninggal dunia malam Jumaat.
    M. Rajoli disahkan menghidap menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.
    -mstar-

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 12:14 am