M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina Empty Isu Semasa : Pembukaan Sekolah Hamil, Ulama & Ahli Politik Anggap Galak Zina

    Post  myMBK Fri Sep 17, 2010 5:45 am

    SHAH ALAM 17 SEPT: Ulama dan pimpinan politik Islam bimbang pembukaan sebuah sekolah di Jasin, Melaka yang bertujuan menempat pelajar hamil, hanya membawa mesej menggalakkan perbuatan zina.

    Mereka sebaliknya berpendapat usaha pencegahan terhadap gejala sosial terutama amalan seks bebas, harus dilipat ganda tetapi pembukaan sekolah itu membawa golongan ke arah bertentangan.

    Bercakap kepada TV Selangor, Pengerusi Sekratariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ghani Shamsuddin berkata usaha kerajaan Melaka itu tidak relevan dan patut ditarik balik.

    "Pelajar pun belum daftar, buat apa bina sekolah? Apa yang mahu dibuat?" katanya yang lebih percaya terhadap usaha mentarbiah pelajar lebih berkesan bagi menangani gejala seks bebas.

    Beliau khuatir pembukaan sekolah berkenaan memberi isyarat salah di kalangan remaja yang menjadikan mereka lebih cenderung melakukan zina lantaran tidak lagi perlu bimbang faktor persekolahan.

    "Jadi, remaja tidak lagi takut (melakukan seks haram) kerana kalau termengandung pun, mereka tahu ada sekolah yang terima mereka," katanya.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kesal kerana kerajaan Melaka tergesa-gesa dan tidak mengadakan perancangan teliti sebelum membuka sekolah berkenaan.

    Mengakui remaja yang terlanjur perlu dibantu, beliau yakin ada banyak cara lain boleh difikirkan tetapi berpendapat, pembukaan sekolah berkenaan tidak akan mengatasi masalah pokok.

    "Ini tidak, semuanya tergesa-gesa. Tidak ada kajian, tidak ada perancangan. Kita sendiri pun tidak tahu konsep bagaimana yang mahu dibawa sekolah itu," katanya ketika dihubungi TV Selangor di sini, hari ini.
    -tvselangor-

      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 10:08 am