M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Tue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Wed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Sun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Sun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Tue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Tue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Thu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Tue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Tue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan

    Share

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Fitnah: DAP timbang saman Utusan

    Post  myMBK on Fri Sep 17, 2010 5:42 am

    Harakahdaily
    KUALA LUMPUR, 17 Sept: DAP sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan fitnah yang mengaitkan parti itu dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.


    Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan tersebut sedang dipertimbang dan akan diputuskan dalam masa terdekat.


    Akhbar Umno berkenaan didakwa melaporkan bahawa suspek utama, peguam bergelar datuk tersebut adalah ahli DAP seumur hidup.


    Sedangkan kata beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah memberitahu media bahawa suspek berkenaan mahu menjadi ahli MIC.


    “Kes bunuh kejam, Utusan pun politikkan dengan fitnah bahawa suspek peguam adalah ahli seumur hidup DAP,sebenarnya dia nak masuk MIC. DAP akan saman Utusan,” tulis Guan Eng dalam twitternya.


    Utusan dalam laporannya Selasa lalu memetik bekas naib ketua AMK, Mohd Zahid Md Arip yang melabelkan DAP sebagai “hiprokit” kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.


    Mohd Zahid dalam laporan berkenaan mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.


    Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 6:59 pm