M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK Empty Isu Semasa : Kes Sosilawati: Saya tidak hina polis, kata ketua AMK

    Post  myMBK Thu Sep 16, 2010 7:01 pm

    KUALA LUMPUR, 16 Sept: Ketua Angkatan Muda Keadilan pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung kenyataan beliau mengaitkan pasukan keselamatan itu dengan pembunuhan kejam jutawan komestik Datuk Sosilawati Lawiya tempoh hari.

    Tegas beliau, kenyataannya baru-baru ini tidak bermaksud menghina kecekapan polis dalam menjalankan tanggungjawap, sebaliknya berharap pasukan keselamatan lebih efisyen menyelesaikan sesuatu tugasan siasatan dalam kes jenayah yang semakin berleluasa.
    “Saya bersedia bekerjasama jika kononnya kertas siasatan berhubung dakwaan saya merepek itu akan dibuka,” kata beliau pada sidang media mengumumkan pendirian mahu bertanding kerusi naib presiden PKR.
    Shamsul Iskandar (gambar) menegaskan, keselamatan di negara ini perlu dipandang serius dan dipertingkatkan.
    “Respons saya pada wartawan tanya mengenai kes Datuk Sosilawati, saya merakamkan ucapan takziah ke atasnya dan tiga lagi rakannya.
    “Saya mengambil sikap memuji kecekapan pihak polis dan ketiga saya minta pihak polis tumpukan kerja dan kurangkan jaga orang politik,” katanya.
    Beliau berkata demikian selepas membaca banyak laporan media yang mengaitkan suspek pembunuh yang bergelar Datuk itu dikaitkan dengan empat kes yang sama pada tahun lepas.
    “Kalau pihak keselamatan menyiasat kes-kes jenayah sebelum ini, saya yakin kes Sosilawati ini tidak akan terjadi pada jutawan Datuk Sosilawati, ini jawapan saya kepada wartawan yang mereka tanya... jadi tiada apa-apa tuduhan yang dilemparkan,” katanya.
    Polis sebelum ini digesa supaya menahan dan menyoal siasat Ketua Angkatan Muda itu ekoran dakwaan bekas naib ketua AMK Mohd Zaid Md Arip bahawa Shamsul Iskandar telah melemparkan tuduhan tidak berasas itu terhadap pasukan polis.
    Malah Zaid turut mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengadu-domba kes pembunuhan ini.
    Bagaimanapun Shamsul Iskandar hari ini menafikan dan berkata kenyataannya sebelum ini tidak mengancam mana-mana keselamatan sebaliknya menzahirkan rasa simpati ke atas apa yang berlaku kepada semua waris keluarga dan meminta polis menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap.
    “Saya rakamkan perasaan geram, memuji polis saya minta polis tumpukan kerja bukan jaga ahli politik,” katanya.
    Beliau bagaimanapun tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memperkudakan isu ini dan berniat jahat terhadapnya.
    “Saya tidak akan berhenti menegakkan kebenaran, saya mahukan pasukan polis bekerja keras,” kata beliau lagi.
    Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata akan memanggil Shamsul Iskandar bagi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua tuduhan yang dilemparkan kepada pasukan keselamatan itu.
    Khalid memberi amaran jika beliau Shamsul Iskandar gagal mengemukakan bukti, tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atasnya.
    Dalam pada itu, ketika kes kehilangan dan pembunuhan kejam Sosilawati masuk hari ke-17 hari ini, orang ramai terus mengharapkan keadilan terus terbela untuk kesemua waris mangsa tambahan lagi pihak polis mahu mengemukakan kes tersebut dijangka minggu depan.
    Tinjauan The Malaysian Insider seawal pukul 9.55 pagi tadi ke lokasi kediaman jutawan itu di Lot 9933 Taman Harmonis Gombak mendapati perwakilan Dewan Muslimat PAS dan pertubuhan wanita mengadakan majlis tahlil bersama penduduk kawasan setempat.
    The Malaysian Insider cuba mendapatkan anak sulong jutawan tersebut untuk diwawancara namun gagal setelah jurucakapnya tidak membenarkan.
    Bagaimanapun salah seorang daripada pelawat yang sudah menetap lebih 22 tahun di kawasan rumah tersebut berharap pihak polis dapat menjalankan tugas dengan cekap bagi mengelak lebih banyak lagi kes serupa berlaku.
    “Polis perlu cekap dan mereka sudah buktikan, kalau yang salah tetap salah hukum saja mereka,” katanya dengan riak wajah yang geram.
    Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Harina Wan Hassan ketika ditemui berharap hasil siasatan forensik tidak menjumpai DNA yang sama terhadap semua mangsa.
    “Kita harap DNA bukan dia, begitu juga anak-anak kesemua mangsa harapkan tetapi kita tidak menolak takdir kalau itulah mereka jua,” katanya.
    Pihak berkuasa dijangka menghadapkan kesemua suspek pembunuhan di mahkamah minggu hadapan.
    Polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan terhadap kesemua suspek.
    -malaysianinsider-

      Current date/time is Thu Apr 18, 2024 11:20 pm