M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Tue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Wed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Sun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Sun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Tue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Tue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Thu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Tue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Tue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa:Keluarga Sosilawati mahu uji DNA di luar negara

    Share

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa:Keluarga Sosilawati mahu uji DNA di luar negara

    Post  myMBK on Wed Sep 15, 2010 5:53 am

    BATU PAHAT: Keluarga jutawan terkenal mempercayai bahawa jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya masih hidup dan tidak percaya penemuan di Tanjung Sepat ialah abu mayat beliau.

    :Adiknya, Masturi Lawiya, 40, berkata, dia mewakili keluarganya percaya yang kakaknya masih lagi hidup dan penemuan abu mayat yang dijumpai pihak polis bukan milik Wati.

    Menurutnya, seluruh keluarganya masih percaya selagi tiada mayat dijumpai, Wati mungkin diikat serta disembunyikan di satu kawasan.

    “Jika pihak polis menyatakan bahawa DNA pada abu atau tulang yang dijumpai berkenaan adalah milik kakak, kami akan bawa contoh DNA berkenaan ke luar negara seperti Singapura atau Thailand untuk mengesahkannya.

    “Selagi tiada mayat ditemui kami tidak percaya yang Wati menemui ajalnya dengan cara yang sedemikian rupa,” katanya ketika ditemui oleh Sinar Harian selepas solat Ghaib di Surau Seri Menanti, Seri Medan, kelmarin.

    :Masturi berkata, bagaimanapun cebisan tulang dan abu berkenaan setelah disahkan oleh pihak polis serta diserahkan kepada keluarga mereka, ia akan disempurnakan dan dikebumikan di sini (Seri Menanti).

    Katanya, dia menasihatkan kepada ahli keluarganya yang lain supaya bersabar dengan apa juga keadaan dan tidak melakukan sesuatu perkara dengan terburu-buru.

    “Saya menyarankan supaya semua pihak dapat bersabar dahulu dan tidak mengganggu pihak polis menjalankan siasatan.

    "Bagaimanapun kami sekeluarga masih percaya kakak saya masih lagi bernyawa,” katanya.

    -sinarharian-

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 7:00 pm