M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Tue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Wed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Sun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Sun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Tue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Tue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Thu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Tue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Tue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Sosilawati : Jika Rosmah, darurat pun boleh diistiharkan

    Share

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Sosilawati : Jika Rosmah, darurat pun boleh diistiharkan

    Post  myMBK on Thu Sep 16, 2010 6:59 pm

    AFRAR YUNUS
    Banyak kes orang hilang yang dilaporkan kepada Polis tidak disiasat. Ini diakui sendiri oleh Ketua Polis Negara yang baru Ismail Omar.Sesudah ramai yang hilang, dibakar dan mati - dianggarkan peratus kes yang dapat diselesaikan hanyalah terlalu kecil.
    Maka sempena Eidul Fitri yang mulia ini polis pun mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH sesama sendiri biarpun rakyat menganggap gaji yang diterima polis masih belum berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan selama ini.


    Jika simati jutawan kosmetik bukan orang terkenal, adakah polis akan berjaya dalam menyelesaikan kes tersebut ?

    Sekali lagi, kita menyeru agar kerajaan wujudkan jawatankuasa peringkat daerah. Teliti dan bentangkan secara telus berapa kes kecurian, rogol, dadah, pecah rumah, peras ugut dan sebagainya yang dapat diselesaikan oleh polis di daerah-daerah.

    Gaji sudah naik. Rumah sudah diberi. Kenderaan baru beratus buah dibekalkan. Anggota ditambah beribu-ribu. Pelbagai elaun disemak semula.

    Namun kenapa rata-rata masyarakat masih tidak puas hati dengan kerja polis.

    Ismail Omar wajib melakukan pembaharuan. Jangan jadi seperti Musa Hassan yang bengap itu. Dia tidak puas hati dengan tekanan dan campurtangan pihak atasan termasuk pihak Kementerian Dalam Negeri dalam kerja polis, tapi mahu khidmatnya disambung, disambung dan disambung.

    Di negara yang pemimpinnya bertamadun - sudah lama mereka meninggalkan perkhidmatan awamnya demi memikul tanggungjawab dan amanah kepada Allah, rakyat dan negara.

    Di Malaysia, Hishamuddin Tun Hussein Onn Menteri Dalam Negeri yang digelar kaki minum itu masih gembira dengan peranannya biarpun perlantikannya sebagai menteri adalah belas kasihan kerana mengenangkan bapanya dan hubungan dengan sepupunya Najib Bangsawan - bukan kerana kewibawaannya.

    Kasihan rakyat biasa Malaysia. Mereka bukan sahaja menjadi mangsa kebodohan dan kerakusan politikus memerintah tetapi juga diabaikan penjagaan oleh pagar yang diharapkan.

    Nasib baiklah yang hilang dan dimatikan itu bukan isteri Hashamuddin atau Rosmah Mansor.

    Silap-silap segala bala tentera dan polis akan digunakan untuk mengesan 'datuk peguam'. Darurat pun boleh diistiharkan !

    http://alkerohi.blogspot.com/

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 7:02 pm