M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Tue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Wed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Sun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Sun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Tue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Tue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Thu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Tue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Tue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Tazkirah Tiga

    Share

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Tazkirah Tiga

    Post  myMBK on Thu Sep 16, 2010 2:25 am

    Perihal Iman dan Kekuasaan Allah

    Allah Maha Kuasa,Makhluk Tiada Kuasa.

    Satu-satunya anugerah Allah yang amat bernilai ialah IMAN.Iman adalah anugerah Allah Yang Maha Pemurah yang paling-paling berharga.Tiada benda di dunia fana ini lebih bernilai dari iman.Mercedes-Benz SLR MacLaren tidak mampu mengatasi nilai iman.Mitsubishi Lancer Evolution VIII tidak mengatasi nilai iman.BMW GTR tidak mampu mengatasi nilai Iman.

    Banglo 10 tingkat siap dengan kolam renang,pemandu peribadi dan lapangan helikopter amat jauh jika dibandingkan dengan nilai iman.

    Malah wanita-wanita cantik juga amat rendah nilainya berbanding iman.Claudia Schiffer tidak mampu mengatasi nilai iman.Emma Watson tidak mampu mengatasi nilai iman.Diana Danielle tidak mampu mengatasi nilai iman.Rozita Che Wan tidak dapat dibanding dengan iman.Malah Scha Al-Yahya amat jauh nilainya berbanding dengan iman yang dianugerahkan Allah kepada manusia.

    Iman yang dianugerahkan Allah adalah mengikut kehendak-Nya.Iman bukanlah boleh diwarisi.Dari seorang ayah yang bertakwa.Iman tidak dapat dijualbeli.Iman bukanlah seperti tukaran wang asing atau laksana bermain saham.Iman bukanlah mengalir dari satu keturunan kepada keturunannya sehingga ke hari kiamat.Tiada siapa yang boleh menjamin seluruh keturunannya,semuanya beriman sepenuh-penuhnya mengikut jalan yang diperintahkan Allah dan Rasul sesungguhnya sehingga ke Hari Kiamat.Tiada.Memang tiada.Iman adalah anugerah Allah.Hari ini satu orang merasa bangga dia keturunan orang-orang warak.Hari ini satu orang merasa bangga dia keturunan alim ulama.Hari ini satu orang boleh merasa megah dia kaum kerabat auliya.Namun malangnya bukanlah sebab keturunan yang boleh dijadikan pasport ke Syurga Allah.Hanya satu benda ini sahaja yang menjadi pasport ke Syurga Allah.Apa dia?

    Iman....


    Firman Allah:


    "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

    (Hujuraat ayat 13)

    Hanya orang yang bertakwa sahaja yang paling mulia dari kalangan manusia,bukanlah sebab dia keturunan mana-mana manusia hatta mengaku keturunan nabi sekalipun,adakah orang itu mengikut cara nabi,jalan nabi atau akhlak nabi?Di dalam kubur,bukanlah ditanya Mercedes kamu,banglo kamu,ijazah kamu,sarjana kamu,diploma kamu,sijil kamu,sijil SPM,sijil MLVK,sijil Giat Mara atau sebagainya...

    Di akhirat Tuhan tidak bertanya keturunan siapakah kamu??Keturunan walikah?keturunan nabikah?keturunan alim ulamakah?Para penguasakah?Bangsawankah?Cerdik pandaikah?

    TIDAK SAMA SEKALI.


    Tetapi iman kamu...


    Iman adalah anugerah Allah,istimewanya ia boleh didapatkan.Bagaimana untuk mendapatkan iman?Dengan mengamalkan apa yang disaksikan dalam kalimah syahadah:

    Petikan dari Hadis (yang panjang) diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a:

    "......Maka Rasulullah s.a.w menerangkan:(dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadah bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,dan engkau mendirikan solat dan memberikan zakat serta berpuasa pada bulan Ramadhan,dan juga engkau mengerjakan haji ke Baitullah....."

    (Muslim)


    Lailahaillah Muhammadurrasulullah...kita diperintahkan untuk menyembah Allah.Tetapi bagaimana caranya untuk menyembah Allah itu?

    Dengan cara Nabi s.a.w.

    BUkan cara Iblis,bukan cara nafsu sendiri,bukan cara emosi sendiri,bukan cara Rasul Kahar.

    SEbab itu pentingnya menghayati rahsia Kalimah Syahadah.BUkannya kalimah itu hanya bermain dibibir sahaja.Hari ini ada orang yang menolak hadis nabi.Mereka hanya pegang AlQuran sahaja.Jadi bagaimana mereka mahu solat kerana cara solat hanya ditunjukkan oleh Nabi s.a.w??

    Mereka solat hanya berpandukan nafsu sendiri.Zahirnya mereka mengucap Lailahaillah Muhammadurrasulullah,namun amalan mereka menjadi Lailahaillah Nafsi rasulullah.

    Apabila Nabi s.a.w sudah wafat,siapakah yang boleh kita jadikan contoh orang-orang yang ikut cara Nabi s.a.w??Ahlu Bait dan Para Sahabat.Abu Bakar ikut cara Nabi,Umar ikut cara Nabi,Usman ikut cara Nabi,Ali ikut cara Nabi,Aishah ikut cara Nabi,Fatimah ikut cara Nabi,Hassan dan Hussein ikut cara Nabi dan orang-orang yang seumpama dengan mereka.

    Merekalah contoh kita untuk tahu cara Nabi s.a.w.Bukan Abu Jahal,bukan Abu Lahab,bukan Abdullah Bin Saba,bukan Ubay Bin Khalaf,bukan Hitler,bukan George Bush dan bukan Obama.

    Mereka bukan orang-orang yang ikut cara Nabi s.a.w.

    Orang ikut cara Nabi s.a.w lah orang yang akan dapat iman.Iman yang paling berharga.Tiada benda dalam dunia ini yang paling bernilai selain iman.


    Inilah iman.Iman bersifat fleksibel.Iman boleh turun boleh naik.Iman juga boleh diperbaharui (renew).Bagaimana hendak renew iman kita?

    Abu Hurairah ra meriwayatkan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Perbaharuilah iman kamu? Sahabat bertanya : “Bagaimana kami memperbaharui iman kami. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjawab: Perbayakkanlah mengucapkan kalimah Lailahaillallah. (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Targhib)

    Jadi marilah kita bersama-sama renew iman setiap hari.

    Allah Maha Kuasa,Makhluk Tiada Kuasa.



    Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi.Allah s.w.t mencipta manusia,haiwan,pokok,malaikat,jin dan syaitan.Allah juga menciptakan Iblis dan Dajal.Allah juga menciptakan The Hidden Hand,The Elite,Zionis,Mason dan Illuminati.Allah berkuasa mencipta apa saja.Semuanya berada di bawah kekuasaan Allah.Tiada siapa di dalam dunia atau alam semesta ini;di dalam atau di luarnya boleh mengatasi kekuasaan Allah.

    Jika orang mengatakan bahawa air sangat hebat,maka ada yang lebih hebat dari air.Apa dia?Contohnya batu.Sebab itu para pemprotes di Palestin melempar batu ke arah kereta kebal Israel,bukan menyiram air ke permukaan kereta kebal tersebut.Namun sehebat-hebat batu ada lagi makhluk Allah yang lagi hebat dari batu.Apa dia?Pistol.Ada askar Israel yang bila menggunakan pistol ini,boleh menumbangkan 7 orang pelempar batu Palestin ini walaupun 10 orang Palestin melempar batu secara berjemaah ke arah askar Israel itu.

    Wah,pistol itu amat berkuasa dari batu rupanya.Hebat...hebat.

    Namun sebenarnya ada lagi benda yang lebih hebat dari pistol.Aik...apa dia?Machine gun.Machine gun ini boleh melepaskan beratus-ratus peluru lebih banyak dan pantas dari sepucuk pistol.Pejuang Hamas yang menggunakan Machine gun ini boleh menumbangkan berpuluh-puluh askar Israel dalam masa tidak sampai setengah jam.Masya Allah...hebatnya Machine gun...benda ini lebih berkuasa dari pistol itu.Aku taknaklah pestol-pestolan ini.Aku nak dapatkan Machine gun.Berkuasa.Pantas.Bijak.

    Tetapi tuan...tuan.Ada lagi benda di dunia fana ini lebih hebat dari Machine gun ini.Oitt...ada lagi yang hebat??Apa dia?

    Bazooka.

    Bazooka ini lebih handal serangannya dari Machine gun ini tuan...tuan.Askar Israel yang melancarkan Bazooka ini boleh meranapkan sebuah rumah dan merosakkan struktur bangunan.Apalagi jika ia dihalakan kepada sekumpulan kanak-kanak Palestin yang sedang mengutip batu-batu dijalan.Sekali peluru Bazooka jatuh pada mereka,semua sekali akan selamat menjadi arwah dalam masa tidak sampai 2 minit.Ya...begitu cepat seperti tuan-tuan memasak mee maggi.

    Masya Allah...begitu dasyatnya benda bernama Bazooka ini!!Nampaknya Machine gun tidak berkuasa langsung berbanding Bazooka.Dan aku yakin seadanya bahawa Bazooka inilah yang paling hebat mengatasi semua senjata-senjata itu.Biarlah aku jual saja AK-47 dan Machine gun jenama Browning ini kepada macha besi buruk.Aku insaf sekarang.

    Nanti dulu tuan-tuan...kerana ana ingin beritahu satu senjata yang teramat hebat.Lagi hebat dari Bazooka.Malah beratus kali ganda hebat dan dasyat dari Bazooka.Seorang kanak-kanak Palestin kalau menjatuhkan benda ini ke atas bandar Tel Aviv...masya Allah....dapat menghapuskan bukan saja Tel Aviv...malah seluruh Israel dari peta dunia.

    Ya Allah!!! Apa bendanya itu yang amat hebat melebihi Bazooka!!!

    Benda ini namanya BOM ATOM.

    Bom atom ini amat dasyat ya maulana semua.Satu bom atom ini jika dilepaskan ke atas Pulau Singapura mampu menukarkan profesion rakyat Singapura kepada perenang Selat Tebrau.Bom atom ini kalau dijatuhkan ke atas Menara Eiffel,ia bukan sahaja mampu menghilangkan menara itu malah menghaibkan Paris dari geografi Perancis.Malah anak-anak cucu 7 keturunan warga Paris akan menderita kesan radioaktif dan mati perlahan-lahan.Bom atom ini jika diletupkan di bawah Laut China Selatan,mampu menimbulkan daya Tsunami selaju beribu-ribu knot,sehingga mampu menenggelamkan sebahagian Borneo dan Pantai Timur Malaysia.Rakyat Kelantan dan Terengganu tiada lagi masalah banjir.Memang selesai masalah mereka.

    Wow!Hebatnya BOM ATOM!!Saksikanlah bahawa aku mengaku Bom atom ini lebih berkuasa dari Bazooka.Bom atom lebih hebat dari Bazooka.Bom atom lebih handal dari Bazooka.Bom atom lebih layak dipercayai dari Bazooka.Kekuasaan Bazooka tidak mampu mengatasi kekuasaan Bom atom.Aku benar-benar menyedari hakikat ini.Aku insaf..ya benar-benar insaf.

    Baguslah kalau maulana menyedari bahawa Bom Atom lebih berkuasa dari Bazooka.Tetapi ada masalah sedikit ya maulana.

    Apa dia???

    SEBENARNYA ADA LAGI YANG LEBIH HEBAT,LEBIH DASYAT KEKUASAANNYA BERBANDING BOM ATOM!!!!!!

    Ya Rabbi!!!...APA DIA LAGI???

    Ada lagi yang berkuasa dari Bom atom,dari Bazooka,dari Machine gun dari pistol dari batu dari air...ya tuan-tuan ya maulana...

    Malah pencipta Bom atom itu sendiri diciptakan olehnya.

    Siapa???Cakap!!Siapa???





    Iaitu...







    ALLAH....


    Ya Allah...Engkau Maha Kuasa ya Allah...Makhluk tiada kuasa.....

    Posted by Mistis Organization at 10:20 PM

      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 10:41 pm