M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai Empty Isu semasa : Kes Sosilawati: AG, polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai

    Post  myMBK Wed Sep 15, 2010 10:17 am

    KUALA LUMPUR, 15 Sept: Pihak berkuasa dijangka akan menghadapkan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengirinya di mahkamah dijangka minggu depan.

    Laporan The Star Online hari ini berkata polis dan Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan.
    Polis juga menganggap kes itu sudah selesai.
    Kesemua suspek kes

    Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pihaknya menganggap kes itu telah selesai.

    “Tolong jangan buat spekulasi bahawa ada sesuatu yang tidak kena jika kami tidak dapat mendakwa dalam waktu terdekat... kerana kami mahu semuanya teratur (sebelum tuduh dikenakan),” kata beliau.

    Lapan suspek sedang ditahan buat masa sekarang. Dua daripada mereka merupakan peguam adik-beradik.

    Peguam bergelar “Datuk” dikatakan sebagai dalang kes pembunuhan itu.
    Ismail juga berkata, sebuah pasukan petugas juga telah dibentuk untuk menyiasat kesemua kes orang hilang yang dikaitkan dengan peguam-peguam berkenaan.

    Pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abu dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat, Banting.

    Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

    Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini – antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

    Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.
    Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

    Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

    Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

    Motif kejadian tragis itu lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

    Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

    Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

    Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

    Dalam pada itu Ismail berkata, kesemua aduan kes orang hilang harus disiasat dengan segera dan secara terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

    Beliau mengakui bahawa kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil.
    -malaysianinsider-

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 5:22 am