M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Tue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Wed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Sun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Sun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Tue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Tue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Thu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Tue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Tue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

    Share

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

    Post  myMBK on Thu Dec 23, 2010 1:43 am

    Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh
    membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

    Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu

    1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
    2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

    Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya
    nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.
    Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

    AKAUN PUBLIC BANK GIA.
    Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia.
    Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati
    http://www.pbebank.com/en/en_content/info/branches.html

    Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank.
    Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20
    gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah
    5 gram dan dalam gandaan 1 gram.
    Selain itu spread cuma RM4 gram. Memang murah berbanding Maybank GSPA
    (perbezaan antara RM5.50 ++ /gram)

    MELIHAT HARGA EMAS GIA
    Sebagai pelabur, anda tentu nak tengok perkembangan harga emas betul tak? Naik ker?
    turun ker? Jadi anda boleh tengok perkembangan harga emas Public Bank GIA kat sini:
    http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

    Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur
    Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur

    Salah satu kelebihan akaun simpanan GIA ialah anda tak perlu simpan emas fizikal. Nilai
    emas yang dibeli akan direkodkan ke dalam buku simpanan anda. Tak perlu takut hilang
    emas.

    Jadi saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang akaun Public Bank GIA ini secara
    terperinci.

    First sekali, untuk membuka akaun Public Bank GIA, anda MESTI mempunyai akaun
    simpanan (saving) dengan Public Bank. Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka
    akaun simpanan terlebih dahulu. Pegawai Public Bank akan uruskan untuk anda.

    Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang boleh anda pilih iaitu:

    1. Akaun simpanan biasa (Basic- deposit RM20)
    http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/deposits/b_savings.html
    2. Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250)
    http://www.publicislamicbank.com.my/pibb/en/en_content/personal/wadiah_saving.html

    Selepas buka salah satu daripada akaun simpanan di atas, baru boleh buka GIA.
    Kalau anda dah ada akaun simpanan Public Bank, maka anda boleh terus membuka akaun GIA.


    MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)

    Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini
    hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan tertentu.

    Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana
    cawangan Maybank untuk membukanya.

    SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:
    1. Pelaburan minimum ialah 5 gram
    2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang

    HARGA EMAS MAYBANK GSPA

    Harga emas GSPA boleh di pantau di laman web Maybank2u.com
    http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Pe
    rsonal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

    KOMEN SAYA:

    1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.

    2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong
    emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk
    emas fizikal.

    3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah
    anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya
    memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum
    mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih
    rendah daripada harga belian.

    FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN.

    Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor
    berikut:

    1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
    2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
    3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
    4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
    5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
    6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,
    bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
    7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan
    membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana keduadua
    bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar.






      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 10:42 pm