M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan Empty Isu Semasa : Pengarah p’raya: Razaleigh belum beri jawapan

    Post  myMBK Sun Oct 03, 2010 11:21 pm

    Harakahdaily
    KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau telah bersetuju dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas.


    Memberi respons ringkas di laman twitter beliau berkata, sehingga kini beliau tidak pernah memberi sebarang jawapan kepada sesiapa termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.


    "Itu kena tanya dia (Muhyiddin), saya belum cakap apa-apa kepada sesiapa pun," katanya.


    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan rakan twitternya yang bertanyakan tentang kesahihan kenyataan Muhyiddin.


    Ianya berhubung sikap Muhyiddin yang seringkali mencanangkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju menjadi pengarah PRK Umno BN Dun Galas.


    Sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan dibuat Tengku Razaleigh berhubung tawaran Umno itu.


    Menurutnya lagi, beliau hanya akan memberi keputusan selepas kembali ke Malaysia 9 Oktober nanti.


    "Kepada kawan-kawan, saya belum bagi apa-apa jawapan sama ada ya atau tidak.


    "Saya hanya akan jelaskan berhubung kedudukan saya pada Pilihan Raya Kecil Galas selepas apabila saya balik ke Malaysia," katanya lagi yang kini sedang berada di luar negara.


    Selain pengarah pilihan raya, nama Tengku Razaleigh juga dicadang oleh Umno sebagai calon bertanding di Dun tersebut.


    PAS bagaimanapun melihat cadangan tersebut hanya sebagai usaha menjatuhkan maruah dan karier politik Tengku Razaleigh.


    Menurut PAS, Tengku Razaleigh adalah tokoh besar negara mengikut sejarahnya yang hanya sesuai untuk jawatan Perdana Menteri, bukannya Adun pembangkang.

      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 7:17 am