M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Tue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Wed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Sun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Sun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Tue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Tue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Thu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Tue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Tue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : Pulangkan wang bantuan Pulau Pinang tindakan dangkal, tidak faham hukum?

    Share

    myMBK
    Brotai
    Brotai

    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : Pulangkan wang bantuan Pulau Pinang tindakan dangkal, tidak faham hukum?

    Post  myMBK on Sun Oct 03, 2010 11:00 pm

    nurdin


    Dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas berkenaan dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas itu adalah salah lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. - Zaharuddin.net

    Ketika artikel ini ditulis, bharian.com.my melaporkan kira-kira 100 rakyat Pulau Pinang berdemo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) sebaik Ketua Menteri, Lim Guan Eng tiba dari luar negara, malam ini.
    Mereka membantah tindakan kerajaan negeri itu menggunakan wang judi untuk program penghargaan warga tua dan pembasmian miskin tegar.



    Sebelum ini, media melaporkan beberapa penduduk negeri itu memulangkan kepada kerajaan Pualu Pinang wang bantuan atas alasan ia wang haram dari sumber judi, tidak bersih dan tidak boleh diterima.


    Lim Guan Eng
    Apa ketetapan hukum Islam dalam soal ini? Zaharuddin.net dalam posting terbaharunya menegaskan begini:
    “Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika tindakan itu dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat.


    “Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram berkenaan.


    “Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas berkenaan dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas itu adalah salah lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam.


    “Ini kerana dari sudut hukum, fakir dan miskin harus menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang haram.”


    Berdasarkan hujah itu, ternyata mereka yang membantah dan memulangkan wang berkenaan memang tidak memahami hukum atau fikiran mereka sudah ‘diselewengkan’!


    Zaharuddin.net dikendalikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Ustaz Haji Zaharuddin Abd Rahman. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam, termasuk sebagai panel syariah di pelbagai organisasi. Web ini menjadi rujukan popular dalam pelbagai bidang, termasuk fikah dan muamalat.
    Mari kita teliti lagi hujah Zaharuddin,net untuk menguatkan pemahaman mengenai duduk sebenar isu ini.
    Menurut web terbabit, selagi sumber perolehan adalah bercampur, selagi itu harus untuk kita menerima gaji atau upah atau apa juga dari mereka (kerajaan).


    “Maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti fakir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas keharusannya.


    “Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya, ” catat web berkenaan.


    Bagaimana pula jika ia benar-benar sahih datang dari sumber langsung wang judi, riba dan rasuah?


    Zaharuddin.net menegaskan begini:
    “Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi harus diterima oleh fakir miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya.”


    Adakah hujah ini sekadar pendapat atau omong kosong bagi menegakkan ‘benang basah’?


    Sama sekali tidak! Menurut zaharuddin.net, ia adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari, termasuklah Majlis Fiqh Antarabangsa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir, Al-Lajnah Al-Daimah Arab Saudi dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa dan Syeikh Faisal Al-Maulawi.


    Malah dalam hal ini, ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali seperti berikut:
    “Jika wang haram itu diberikan kepada fakir miskin, ia tidaklah haram ke atas fakir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka.” ( rujuk Al-Majmu’ , 9/428)


    Syeikh al-Qaradawi pula, dalam membicarakan hal pengagihan wang haram, berkata:
    “Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syarak sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk mengambilnya dan disedekahkan kepada fakir miskin atau didermakan kepada projek kebaikan (untuk maslahat umum).” (rujuk Fatawa Mu’asiroh, 1/606)


    Justeru, inimajalah.com mengajak semua pihak tanpa mengira fahaman pilitik; marilah kita ambil yang jernih dan jangan kelirukan mereka yang sudah sedia keliru! Allah melihat apa kita sedang buat.
    –inimajalah.com.-

      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 10:42 pm