M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
M.B.K a.k.a Misi BasMi Kemiskinan

=Success Together With Our Family=

Latest topics

» Kenapa pula Malaysia nak block torrent dan website di bawah ni?? :(
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptyTue Jun 28, 2011 1:13 am by kakikuza

» Malay Movie
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptyWed Jun 08, 2011 1:33 pm by kakikuza

» PeriKsa Kad Pengenalan Anda Betul Atau Tidak
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptySun Jun 05, 2011 9:17 am by myMBK

» Rintihan umat Islam: Untuk berapa lama lagi?
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptySun May 01, 2011 8:04 am by myMBK

» Anime - Dragon Ball
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptyTue Apr 05, 2011 10:13 am by kakikuza

» Anime - Malay Sub
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptyTue Apr 05, 2011 8:55 am by kakikuza

» English Movie (Collection)
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptyThu Mar 10, 2011 8:26 am by kakikuza

» Tools For Downloader Premium Link
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptyTue Mar 08, 2011 6:01 am by kakikuza

» Anime (Cartoon Malay) - Doraemon
Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan EmptyTue Mar 01, 2011 1:53 am by kakikuza


    Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan

    myMBK
    myMBK
    Brotai
    Brotai


    Posts : 284
    Join date : 2010-09-15

    Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan Empty Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan

    Post  myMBK Fri Sep 24, 2010 11:14 am

    ARIFFUDDIN ISHAK
    Isu Semasa : I'Da World Berkhayal Mahu Laksana Projek Di Kelantan Images%3Fq%3DTimbalan%2BMenteri%2BBesar%2BKelantan%26um%3D1%26hl%3Dms%26sa%3DG%26rlz%3D1T4ADFA_enMY391MY392%26tbs%3Disch:1
    PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengakui pernah mengadakan pertemuan peribadi dengan wakil I'Da World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) di kediamannya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

    Sambil mengesahkan pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai perancangan syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan di negeri itu membabitkan RM4 bilion, Ahmad bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau meragui keupayaan syarikat bumiputera itu.

    "Sebagai orang politik, kami didatangi oleh sesiapa sahaja, malah memang pegawai syarikat yang mendakwa mewakili I'Da World datang jumpa saya di rumah.

    "Dia ada ceritakan kepada saya mengenai projek-projek yang mereka rancang nak buat... tapi pada waktu itu dalam hati saya sudah terdetik bahawa mereka ini berkhayal dengan projek-projek itu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

    Laporan media hari ini menyebut, Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abd Rahim Abd Wahab terkilan dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa tidak tahu kewujudan syarikatnya atau bertemu dengannya.

    Malah Abd Rahim mendakwa mempunyai bukti bahawa Nik Abdul Aziz tahu mengenai kehadiran I'Da World di Kelantan, malah pernah mengadakan mesyuarat bersama beliau dan Ahmad dalam pertemuan berasingan.

    Mengulas mengenai pertemuan itu Ahmad berkata, beliau sudah menerangkan kepada wakil syarikat berkenaan mengenai prosedur yang perlu diambil bagi melaksanakan apa jua projek di negeri itu.

    "Mereka nyatakan banyak perkara, nak buat projek di Tumpat dan Rantau Panjang.

    "Tapi awal-awal lagi saya sudah nyatakan bahawa mereka kena buat permohonan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan selepas itu ia perlu mendapat kelulusan Exco," katanya.

    Ahad lalu, I'Da World mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan di negeri ini.

    Replika cek RM4 bilion itu diserahkan kepada Nik Din Nik Mat, yang juga adik kepada Nik Abdul Aziz, yang dijemput menerimanya sebagai mewakili Kerajaan Kelantan ketika majlis makan malam anjuran syarikat berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kota Baru.
    -mstar-

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 5:49 am